Mahir Masak Edisi Aidilfitri Bersama Chef Florence Tan

13 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2026 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan kelas mahir masak edisi aidilfitri bersama Chef Florence Tan dengan menyediakan dua resepi iaitu ayam rendang dan chocolate cup fruitcake. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penyediaan hidangan istimewa sempena Aidilfitri. Dalam sesi tersebut, Chef Florence Tan telah berkongsi teknik dan Langkah memasak dua menu iaitu Ayam Rendang serta pencuci mulut Chocolate Cup Fruitcake. Peserta berpeluang mempelajari cara penyediaan bahan, teknik memasak yang betul serta tip menghasilkan hidangan yang enak dan menarik. Program ini mendapat sambutan yang baik dan diharapkan dapat meningkatkan kemahiran memasak dalam kalangan peserta khususnya bagi persediaan menyamnut Aidilfitri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali